Thursday, February 26, 2009

CNI Tongkat Ali Gingseng Coffee
Semakin moden, semakin banyak tenaga diperlukan oleh manusia bagi melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Dengan itu kita memerlukan tenaga tambahan bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut. Pada masa kini kita terpaksa mengambil pelbagai jenis makanan / minuman tambahan bagi membekalkan kita tenaga tambahan. Produk ini mengandungi 5 bahan utama iaitu serbuk kopi, tongkat ali, ginseng, krimer bukan tenusu & trikalsium fosfat yang mampu memberi sumber tenaga.

KANDUNGAN TONGKAT ALI GINSENG COFFEE
1. Kopi Arabica
Kopi ini mewakili 70% pengeluaran kopi diseluruh dunia. Kopi Arabica merupakan kopi yang bermutu tinggi yang berasal dari Brazil. Kopi Arabica ditanam di kawasan tinggi. Suhu yang sejuk dan jauh dari pencemaran menghasilkan kopi yang berkualiti tinggi. Kopi Arabica kaya dengan rasa dan mempunyai keasidan & ketebalan yang sederhana dengan rasanya tidak terlalu masam. Kopi ini menjalani proses pemilihan, pembakaran & penapisan yang ketat sebelum bertukar menjadi ekstrak kopi.

Kelebihan Kopi Arabica
Mengandungi kafein yang rendah iaitu 2% yang akan mengurangkan risiko ketagihan dan mampu
mengurangkan pembengkakan pada saluran otak
Membuat kita lebih peka dengan keadaan sekeliling
Membantu membuka saluran penafasan
Kajian Sains Itali mendapati pengambilan 1 cawan kopi mampu mengurangkan risiko serangan asma sebanyak 5% manakala pengambilan 2 cawan atau lebih mampu Mengurangkan risiko serangan asma sebanyak 20%.
Mengurangkan selera makan – membantu mengawal berat badan
2. Tongkat Ali / Eurycoma Longifolia
Tongkat Ali terkenal sebagai ramuan ubatan tradisional. Tongkat Ali boleh didapati di hutan hujan seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar dan Indo-China. Ekstrak Tongkat Ali digunakan secara tradisional sebagai herba dan juga tonik. Di Vietnam tumbuhan ini dikenali sebagai ‘cay ba binh’ yang dipercayai mampu memulihkan pelbagai jenis penyakit. Di Malaysia penggunaan tumbuhan ini sudah menjadi satu kegunaan untuk kaum lelaki dimana ia mampu meningkatkan metabolisme tenaga. Ramai ahli sains / doktor membuat kajian tentang fungsi Tongkat Ali.

Fungsi Utama
Meningkatkan keupayaan seks
Mampu meningkatkan hormon testoteron lelaki hampir 480%
Pemberi tenaga
Mengurangkan keletihan
Fungsi –fungsi lain
Anti tumor
Anti Malaria
Anti demam panas
Anti tekanan darah
Membaiki keadaan fisikal & mental badan
Menguatkan sistem penghadaman
Memperbaiki sistem imuniti
3. Khasiat Ginseng
Ginseng yang digunakan di dalam produk adalah dari jenis Panax Ginseng. Ginseng merupakan raja segala herba yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang boleh dimanfaatkan oleh manusia. Panax Ginseng mampu meningkatkan stamina dan secara tidak langsung ia boleh memberi tenaga kepada tubuh manusia. Selain daripada itu. Panax Ginseng juga baik bagi 5 organ penting di dalam tubuh manusia iaitu jantung, hati, limpa, paru-paru & buah pinggang. Ia juga baik untuk sistem penghadaman manusia. Panax Ginseng juga mempunyai fungsi-fungsi lain seperti :

Mengatasi masalah lupa
Melambatkan proses penuaan
Menguatkan sistem imuniti
Meningkatkan tahap tenaga
4. Trikalsium Fosfat
Trikalsium Fosfat yang terkandung membuatkan produk ini tidak mengumpal ketika dibancuh

5. Krimer bukan Tenusu
mengandungi protein & lemak sayuran
rendah lemak


Di zaman serba moden ini kita perlu mengambil makanan / minuman tambahan untuk mendapat tenaga tambahan. Dengan itu Tongkat Ali Ginseng Coffee mampu mengatasi masalah itu. Malah bukan itu sahaja produk ini juga mempunyai pelbagai fungsi yang dapat membantu manusia. Gabungan bahan-bahan utama itu memberikan rasa yang sangat unik.

Cara Hidangan
Sebungkus untuk secawan (150ml)
Masukkan air panas & kacau
Simpan di tempat yang sejuk dan kering


Tip-tip CNI TONGKAT ALI GINSENG COFFEE :
Sesuai dibancuh ketika suhu 85°C bagi mendapatkan aroma yang menarik.
Minum ketika suhu mencecah 62°C kerana pada ketika ini ia boleh merangsangkan deria rasa & deria bau manusia.
Simpan di tempat sejuk & kering
CNI Tongkat Ali Ginseng Coffee boleh didapati di dalam dua pek iaitu 20 paket & 120 paket.

Maklum Balas Pengguna:
Melegakan Asma.
Menguatkan Pinggang dan melegakan sakit pinggang.
Menghilangkan rasa mengantuk.
Menyegarkan badan dan bertenaga.
Menambahkan stamina.
Menurunkan tekanan darah tinggi.
Melegakan Migrain.
Merangsangkan nafsu seks.
Menghilangkan penat dan keletihan.
Menghilangkan sengal-sengal badan.
Dan banyak lagi… ambil 3 cawan sehari.

No comments:

Post a Comment