
1. Membantu meredakan gangguan menopaus
Wanita akan mengalami perubahan psikologi dan fisiologi semasa menopaus. Perubahan hormon di dalam tubuh badan menyebabkan wanita berasa tidak selesa, diganggu oleh tanda-tanda seperti “hot flush”, perpeluhan pada waktu malam, emosi yang tidak stabil dan sebagainya. Hormon estrogen menjadi penentu kesihatan wanita; kejatuhan paras hormon ini bererti kemerosotan kesihatan. Isoflavones di dalam kacang soya mempunyai molekul yang strukturnya mirip dengan hormon estrogen, malah fungsinya juga tidak banyak berbeza dengan estrogen. Isoflavones dapat meredakan tanda-tanda menopaus dan melambatkan proses pemberhentian prembesan hormon estrogen. Ini bermakna, isoflavones dapat meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan wanita dan melambatkan kedatangan menopaus.
2. Membantu mencegah barah
Keupayaan isoflavones, saponin dan sebagainya di dalam kacang soya dalam mencegah pelbagai barah, seperti barah payu dada, barah prostate dan lain-lain lagi telah terbukti secara saintifik.
3. Membantu menguatkan tulang
Protein kacang soya dapat mengurangkan keresapan kalsium, menguatkan semula tulang dengan mengekalkan kalsium di dalam tubuh badan untuk keperluan metabolisme. Manakala isoflavones pula mencegah osteoporosis dengan memelihara kepadatan tualng.
4. Mencegah penyakit koronari
Protein kacang soya berkesan untuk merendahkan paras kolesterol serum, trigliserida dan kolesterol tidak baik. Ketiga-tiga jirim ini merupakan punca utama pembuluh darah jantung tersumbat. Isoflavones dapat mengurangkan kelekitan platelet dan mencegah pengoksidaan kolesterol tidak baik yang menyebabkan pembuluh darah tersumbat.
Jika masih ada sebarang kemusykilan, sila hubungi 03-55694000 samb. 2228, 2617 atau 2619.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Mohd Rizuan Mohd Rais
Pegawai Pemakanan
Jabatan Pemasaran Produk
CNI Enterprise (M) Sdn Bhd
Perhatian: Produk ini adalah makanan kesihatan ; ia tidak bermaksud untuk rawatan perubatan. Jika tanda-tanda penyakit berlarutan, sila dapatkan nasihat doktor.
No comments:
Post a Comment