
Untuk mengekalkan tulang dan gigi yang kuat dan sihat. Vitamin C larut air yang mudah diserap badan manusia. Apabila sel badan telah menyerap Vitamin C yang mencukupi, vitamin C yang berlebihan akan disingkir keluar dari badan. Ini bermakna, badan manusia memerlukan bekalan vitamin C yang tetap untuk mencegah pelbagai penyakit.
SUMBER VITAMIN C
Sejak 200 tahun yang lalu, manusia telah mengetahui bahawa sayur-sayuran dan buah-buahan berkesan untuk memerangi penyakit skurvi yang amat menakutkan. Makanan awet seperti biskut, sayur masin, makanan jeruk dan makanan tin telah hilang semua vitamin Cnya. Vitamin C sayur-sayuran akan hilang sebanyak 50%-90% jika ia dimasak atau direbus terlalu lama. Semakin lama ia dimasak, semakin tinggi kadar kehilangan vitamin C. Oleh itu, bukannya mudah untuk seseorang memperolehi vitamin C yang mencukupi.
Pada tahun 1934, manusia telah menemui kaedah untuk menghasilkan vitamin C. Ini merupakan satu pencapaian cemerlang dalam perkembangan diet manusia. Penemuan ini didorong kesulitan manusia memperolehi vitamin yang mencukupi daripada makanan harian kerana vitamin C biasanya hilang dalam proses memasak. Pesakit yang sedang menjalani rawatan vitamin C perlu makanan dalam kuantiti besar untuk memperoleh vitamin C yang mencukupi. Perbuatan ini bukan saja lucu malah menyusahkan. Akan tetapi, Vitamin C buatan manusia dapat mengatasi masalah ini berfungsi sebagai pengganti sayur-sayuran dan buah-buahan.
SIMPTOM DAN KESAN KEKURANGAN VITAMIN C
Kekurangan vitamin C akan menyebabkan kesulitan bernafas, senak, hilang selera, pendarahan hidung dan gusi, gigi dan anamel yang lemah, mudah mendapat cedera dan lebam, artralgia, hilang ingatan, kurang daya tahan infeksi, proses penyembuhan tulang patah menjadi lambat dan kekurangan vitamin C yang serius boleh mendatangkan penyakit skurvi. Simptom utama kekurangan vitamin C ialah tisu pengalas vaskular akan menyebabkan pembekuan darah. Ini mungkin menjadi sebab utama penyakit jantung dan apopleksi. Merokok akan mengurangkan Asid Askorbik dalam darah. Dan nikotina akan menyebabkan badan manusia memerlukan Asid Askorbik dalam darah akan turun kepada 24-31%. Berdasarkan fakta ini, seseorang yang kuat merokok memerlukan lebih banyak vitamin C untuk mengisi Asid Askorbik yang hilang.
KHASIAT
1.) Membantu mencegah penyakit skurvi
Sekiranya dalam suatu jangkamasa panjang kita tidak mengambil buah-buahan dan sayur sayuran, kita akan menghidap penyakit skurvi.
2.) Memperkuatkan daya ketahanan badan
Menurut kajian ke atas binatang, vitamin C berkhasiat mencegah sel kanser. Selain daripada itu, ia juga mengurangkan ancaman kuman selsema.
3.) Memperkuat rangka tulang
Untuk menghasilkan kolagen, protein diperlukan untuk mencantum bersama sel-sel sekaligus membentuk struktur tulang. la juga merupakan komponen utama bagi kulit, rawat dan gigi yang sihat.
4.) Mendorong penghantaran impuls saraf
Penting dalam penghantaran impuls saraf, penggunaan zat besi, kalsium dan asid folik.
5.) Mendorong penyerapan zat besi
Meningkatkan daya penyerapan dan penyimpanan zat besi dalam tubuh manusia.
6.) Mengelakkan daripada sakit
Menguatkan daya tahan penyakit.
7.) Menyembuhkan luka
Membantu menyembuhkan luka dan tulang patah.
8.) Mendorong penghasilan hemoglobin
Menghasilkan hemoglobin dan sel darah tulang
Saranan Pengambilan :
Kanak-kanak : 1-2 biji sehari
Dewasa : 1-4 biji sehari
No comments:
Post a Comment